Wednesday, July 15, 2009

kursus fertigasi UKM pertama

Seramai 20 peserta daripada pelbagai bidang pekerjaan telah mengikuti kursus tersebut.di samping aspek asas penanaman dan pengendalian sistem aliran baja aspek asas serapan/jerapan
nutrien oleh sekam padi dan sabut kelapa juga dibincangkan. Peserta juga dibawa melawat kebun cili Dr. Mat Tan di Taman Sri Mahkota, Nilai di mana hampir 10,000 pokok cili sedang membesar. Ladang ini juga tidak lari dari masalahnya tersendiri. Namun masalah tersebut dibincang dalam usaha mencari penyelesaian. Lain tempat lain masalah. Berita terbaru dari beliau hasil penjualan hingga kini hampir mencecah modal.

Saturday, June 6, 2009

Bengkel asas kimigasi-fertigasi pertama di UKM

Bengkel asas kimigasi-fertigasi pertama akan diadakan di Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 8hb Jun 2009. Bengkel sehari ini akan membincangkan potensi dan cabaran penanaman secara fertigasi disamping tajuk asas bagi mereka yang baru dan ingin memulakan tanaman secara fertigasi. Untuk peringkat awal sekitar 20 peserta akan terlibat dalam bengkel ini. Mereka yang ingin ikut serta boleh menelefon 0166587435 jika masih terdapat lagi ruang. Bayaran RM150 merangkumi nota, minum dan makan tengah hari.

Tuesday, January 13, 2009

fertigasi cili

Banyak cerita kejayaan tanaman fertigasi di negara kita terutamanya cili. Walau bagaimanpun belum ada pembentangan yang luas mengenai keuntugan yang dicapai oleh para pengusaha. Dalam mana-mana kursus sering dikatakan teknik fertigasi ini mudah dan menguntungkan! Sebenarnya kejayaan tidak datang menggolek tanpa usaha yang gigih dan tabah. Pada saya teknik ini memberi peluang kepada petani meningkatkan daya pemikiran dan kemahiran. Secara tidak disedari ahli kita akan mencapai maksud K-ekonomi yang perlu utuk kita bersaing di peringkat global. Petani di ngara maju walau pun pada skala kecil mempunyai ilmu yang tinggi. Penjual baja atau racun tanpa ilmu akan pening dengan soalan yang canggih daripada para petani.

Beberapa petani fertigasi cili yang saya kenali memang tabah semasa menghadapi masalah yang tak diduga. Rakan saya En.Kasim yang duluya terkial-kial kini meneruskan menanam cili dengan modal sendiri hingga mencapai hampir 33,000 beg berbanding 1,000 beg di rumah hijau saya. Tanaman saya adalah skala eksperimen.




Penamaman 30,000 beg di ladang En.Kassim di Kuala Pilah, Negeri Sembilan





Peringkat awal pembesaran cili di rumah hijau saya di Port Dickson





Buah cili di luar rumah hijau kelihatan molek juga. Pokok lebih rendah dibanding dalam rumah hijau. Walau bagaimanapun tanaman di luar atau terbuka memerlukan jadual semburan racun yang teliti

Dua perkara yang perlu ditekan dalam usaha petani kita mencari keuntungan. Para pemborong hanya merancang pemasaran dan keutungan tanpa melabor dan turun ke tanah. Perkara yang dimaksudkan adalah baja dan racun perosak tanaman.Kita terpaksa berdepan dengan penjual baja dan racun kimia yang juga mencari keuntungan. Baru-baru in harga kimia baja melambung tinggi hinggakan tak mungkin petani fertigasi mencari keuntungan. Ramai juga penoreh getah bercuti kerana harga getah yang turun dengan teruk sedangkan harga baja meningkat. Oleh itu usaha dan penyelidikan boleh dilakukan oleh petani kita dalam konteks pengurangan kos. Kita juga diperkenalkan kepada baja organik, tak organik dan juga mikrob. Begitu juga dengan kawalan makhluk perosak secara biologi dan mikrob. Oleh itu sedikit pengetahuan mengenai mikrob adalah perlu supaya tidak semata-mata tertarik dengan iklan penjualan.
Bengkel asas fertigasi dan seminar perkembangan fertigasi sedang dirancang pada bulan februari di Seremban. makluman lanjut akan dimaklumkan dalam sedikit masa lagi.

Monday, January 12, 2009

Minyak Petchouli




POKOK NILAM (pogostemon cablin Benth) DAN MINYAK PATCHOULI
Oleh Bohari M Yamin




Penggunaan minyak petchuali dalam industri farmasi herba dan kosmetik di peringkat global kian meningkat dan mencecah harga RM800 sekilogram. Pelbagai produk dalam pekej yang menarik boleh diperoleh daripada internet. Walau pun sering dilaporkan sumber minyak tersebut iaitu pokok nilam berasal dari Malaysia dan India pengeksport utama adalah Indonesia, India dan China. Sebenarnya permintaan di China adalah tinggi kerana perubatan herba yang telah lama terkenal. Amerika dengan strategi pemasaran dan pengawalan serta teknologi kepelbagaian produk kini juga termasuk dalam senarai pengeksport minyak patchouli walau pun maklumat penanamam pokok nilam di sana belum saya temui. Di Malaysia penanaman pokok nilam secara komersial tidak diketahui umum berbanding sawit dan getah. Namun dalam tinjauan internet kami, terdapat juga wakil Malaysia yang boleh membekalkan daun dan minyak. Sebaliknya pencarian benih atau anak nilam di negara kita tidaklah semudah mencari benih anak rambutan atau durian . Pokok nilam boleh ditanam di tanah atau di dalam polibeg dan dengan pemberian air serta baja yang mencukupi boleh mencapai ketinggian menghampiri 3 kaki dalam tempuh tidak kurang 3 bulan.

Penanaman di tanah



Penanaman dalam polibeg


Minyak patchouli boleh diekstraks daripada daun dan batang dengan cara penuyulingan stim. Seperti minyak pati (essential oil) yang lain peratus ekstraks tidak tinggi sekitar 2.5%. Pelbagai penyelidikan untuk meningkatkan hasil minyak telah dilakukan. Untuk menentukan kualiti dan penipuan ramai penyelidik di negara China mengkaji teknik analisis yang mudah dan cepat terhadap minyak patchouli yang dibekalkan oleh pengusaha tempatan di selatan China. Perkara kualiti adalah penting untuk eksport terutama ke negara maju.
Pada amnya ekstraks minyak patchouli daripada daun boleh dibahagi kepada tiga jenis iaitu (i) kandungan pogostone yang tinggi (ii) kandungan patchouli alkohol yang tinggi dan (iii) kandungan patchouli alkohol dan pogostone yang tinggi. Beberapa kawasan di selatan China menghasilkan salah satu jenis minyak tersebut setelah dianalisis. Daripada aspek penyelidikan adalah menarik jika diketahui faktor yang mempengaruhi jenis minyak yang terhasil oleh sesuatu kawasan. Kami telah mengkaji jenis minyak daripada tanaman kami dan juga dari Indonesia. Kromatogram daripada analisis kromatografi GC-MS menunjukkan minyak yang diperolehi adalah jenis ke (ii) iaitu mempunyai kandungan patcholuinol yang tinggi.

Kromatogram GC-MSTof ekstraks minyak patchouli tempatan.

Puncak dalam krotamogram yang tinggi itu adalah patchoulinol. Kualiti serta peratus kandungan yang lain dalam minyak( ada beberapa puncak lagi yang boleh ditentukan) disamping data spesifikasi pengukuran fizikal dan kimia yang lazim adalah keperluan untuk tujuan eksport bagi mengelakkan penolakan produk melalui proses pemantauan mutu oleh pihak pembeli.
Sebarang pertanyaan atau pandangan dipersilakan. Anak pokok nilam boleh dipesan dengan harga RM7.00 sepokok atau RM0.80 sebatang untuk dicucuktanam daripada Puan Hazizah Mahmud (tel: 0166587435) atau memalui email.

Sunday, January 11, 2009

bengkel kimigasi pertama

Bengkel kimigasi penanaman cili pertama sedang di rancang. Sila tunggu perkembangan berikutnya.