Monday, January 12, 2009

Minyak Petchouli




POKOK NILAM (pogostemon cablin Benth) DAN MINYAK PATCHOULI
Oleh Bohari M Yamin




Penggunaan minyak petchuali dalam industri farmasi herba dan kosmetik di peringkat global kian meningkat dan mencecah harga RM800 sekilogram. Pelbagai produk dalam pekej yang menarik boleh diperoleh daripada internet. Walau pun sering dilaporkan sumber minyak tersebut iaitu pokok nilam berasal dari Malaysia dan India pengeksport utama adalah Indonesia, India dan China. Sebenarnya permintaan di China adalah tinggi kerana perubatan herba yang telah lama terkenal. Amerika dengan strategi pemasaran dan pengawalan serta teknologi kepelbagaian produk kini juga termasuk dalam senarai pengeksport minyak patchouli walau pun maklumat penanamam pokok nilam di sana belum saya temui. Di Malaysia penanaman pokok nilam secara komersial tidak diketahui umum berbanding sawit dan getah. Namun dalam tinjauan internet kami, terdapat juga wakil Malaysia yang boleh membekalkan daun dan minyak. Sebaliknya pencarian benih atau anak nilam di negara kita tidaklah semudah mencari benih anak rambutan atau durian . Pokok nilam boleh ditanam di tanah atau di dalam polibeg dan dengan pemberian air serta baja yang mencukupi boleh mencapai ketinggian menghampiri 3 kaki dalam tempuh tidak kurang 3 bulan.

Penanaman di tanah



Penanaman dalam polibeg


Minyak patchouli boleh diekstraks daripada daun dan batang dengan cara penuyulingan stim. Seperti minyak pati (essential oil) yang lain peratus ekstraks tidak tinggi sekitar 2.5%. Pelbagai penyelidikan untuk meningkatkan hasil minyak telah dilakukan. Untuk menentukan kualiti dan penipuan ramai penyelidik di negara China mengkaji teknik analisis yang mudah dan cepat terhadap minyak patchouli yang dibekalkan oleh pengusaha tempatan di selatan China. Perkara kualiti adalah penting untuk eksport terutama ke negara maju.
Pada amnya ekstraks minyak patchouli daripada daun boleh dibahagi kepada tiga jenis iaitu (i) kandungan pogostone yang tinggi (ii) kandungan patchouli alkohol yang tinggi dan (iii) kandungan patchouli alkohol dan pogostone yang tinggi. Beberapa kawasan di selatan China menghasilkan salah satu jenis minyak tersebut setelah dianalisis. Daripada aspek penyelidikan adalah menarik jika diketahui faktor yang mempengaruhi jenis minyak yang terhasil oleh sesuatu kawasan. Kami telah mengkaji jenis minyak daripada tanaman kami dan juga dari Indonesia. Kromatogram daripada analisis kromatografi GC-MS menunjukkan minyak yang diperolehi adalah jenis ke (ii) iaitu mempunyai kandungan patcholuinol yang tinggi.

Kromatogram GC-MSTof ekstraks minyak patchouli tempatan.

Puncak dalam krotamogram yang tinggi itu adalah patchoulinol. Kualiti serta peratus kandungan yang lain dalam minyak( ada beberapa puncak lagi yang boleh ditentukan) disamping data spesifikasi pengukuran fizikal dan kimia yang lazim adalah keperluan untuk tujuan eksport bagi mengelakkan penolakan produk melalui proses pemantauan mutu oleh pihak pembeli.
Sebarang pertanyaan atau pandangan dipersilakan. Anak pokok nilam boleh dipesan dengan harga RM7.00 sepokok atau RM0.80 sebatang untuk dicucuktanam daripada Puan Hazizah Mahmud (tel: 0166587435) atau memalui email.

3 comments: