Tuesday, January 13, 2009

fertigasi cili

Banyak cerita kejayaan tanaman fertigasi di negara kita terutamanya cili. Walau bagaimanpun belum ada pembentangan yang luas mengenai keuntugan yang dicapai oleh para pengusaha. Dalam mana-mana kursus sering dikatakan teknik fertigasi ini mudah dan menguntungkan! Sebenarnya kejayaan tidak datang menggolek tanpa usaha yang gigih dan tabah. Pada saya teknik ini memberi peluang kepada petani meningkatkan daya pemikiran dan kemahiran. Secara tidak disedari ahli kita akan mencapai maksud K-ekonomi yang perlu utuk kita bersaing di peringkat global. Petani di ngara maju walau pun pada skala kecil mempunyai ilmu yang tinggi. Penjual baja atau racun tanpa ilmu akan pening dengan soalan yang canggih daripada para petani.

Beberapa petani fertigasi cili yang saya kenali memang tabah semasa menghadapi masalah yang tak diduga. Rakan saya En.Kasim yang duluya terkial-kial kini meneruskan menanam cili dengan modal sendiri hingga mencapai hampir 33,000 beg berbanding 1,000 beg di rumah hijau saya. Tanaman saya adalah skala eksperimen.




Penamaman 30,000 beg di ladang En.Kassim di Kuala Pilah, Negeri Sembilan





Peringkat awal pembesaran cili di rumah hijau saya di Port Dickson





Buah cili di luar rumah hijau kelihatan molek juga. Pokok lebih rendah dibanding dalam rumah hijau. Walau bagaimanapun tanaman di luar atau terbuka memerlukan jadual semburan racun yang teliti

Dua perkara yang perlu ditekan dalam usaha petani kita mencari keuntungan. Para pemborong hanya merancang pemasaran dan keutungan tanpa melabor dan turun ke tanah. Perkara yang dimaksudkan adalah baja dan racun perosak tanaman.Kita terpaksa berdepan dengan penjual baja dan racun kimia yang juga mencari keuntungan. Baru-baru in harga kimia baja melambung tinggi hinggakan tak mungkin petani fertigasi mencari keuntungan. Ramai juga penoreh getah bercuti kerana harga getah yang turun dengan teruk sedangkan harga baja meningkat. Oleh itu usaha dan penyelidikan boleh dilakukan oleh petani kita dalam konteks pengurangan kos. Kita juga diperkenalkan kepada baja organik, tak organik dan juga mikrob. Begitu juga dengan kawalan makhluk perosak secara biologi dan mikrob. Oleh itu sedikit pengetahuan mengenai mikrob adalah perlu supaya tidak semata-mata tertarik dengan iklan penjualan.
Bengkel asas fertigasi dan seminar perkembangan fertigasi sedang dirancang pada bulan februari di Seremban. makluman lanjut akan dimaklumkan dalam sedikit masa lagi.

2 comments:

  1. salam tuan, boleh ke berkongsi tentang jadual penyemburan racun untuk cili fertigasi tanpa greenhouse. memandangkan ahli akademik dan juga petani mungkin tuan ada cara yang atau kaedah berbeza. dan penggunaan racun yang berbeza. saya hanya petani yang hanya buat percubaan menggunakan kaedah trial n error. kalau boleh dicuba cara tuan mungkin boleh meningkatkan hasil cili saya tq. azrilwc@hotmail.com

    ReplyDelete
  2. Ya, preventive is better than curing.tetapi kena kawal racun terutama yang systemic demi kesihatan. Saya sedang mencuba racun semulajadi campuran baang outih, sirih, serai wangi etc nampak berkesan. Bila cukup data boleh saya kungsi dengan anda. Malah kekerapan sembur tak timbul kerana bahan semulajadi.bahan tersebut diprosessecara enzymetic

    ReplyDelete